Thursday, July 23, 2009

soalan tentang air

2009/7/21
apakah benar air yang sepatutnya diambil oleh badan kita mesti mengandungi kandungan mineral seperti di warwarkan oleh beberapa syarikat penapis air? bukan kah sepatutnya air yang diambil oleh badan hanya H2O shj..maknanya air tulen dan mineral sepatutnya diambil melalui pemakanan seperti disarankan melalui konsep terapi pembaharuan molekul oleh dr linus pauling..



--

Terima kasih kerana menggunakan portal kami.

Memang benar bahawa kita seharusnya mendapatkan keperluan mineral kita dari makanan dan bukannya dari air minuman kecuali jus buah-buahan. Biasanya untuk memperolehi mineral, pakar pemakanan akan menggalakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sekiranya terdapat keperluan tambahan mineral yang tertentu pakar pemakanan akan menggalakkan makanan seperti susu, daging dan kekacang. Makanan-makanan ini juga membekalkan kita dengan vitamin yang membantu penyerapan mineral atau diperlukan untuk mineral bertindak dalam metabolisme.
Alat penapis air biasanya digunakan untuk membersihkan air dari kuman dan kotoran termasuk mineral bukan organik dan kadangkala klorin. Kurang pasti samada syarikat alat penapis air akan menyarankan air yang mengandungi mineral seperti yang anda maklumkan. Syarikat yang menjual alat mineral pot atau air mineral sahaja yang biasanya akan membuat saranan berikut. Bagaimana pun pakar pemakanan berpendapat sumbangan mineral mineral pot adalah terlalu minima. Anda juga diminta berwaspada dengan penggunaan alat penapis air kerana ianya boleh memudaratkan sekiranya penapis pada alat tersebut tidak diselenggarakan dengan baik.
Biasanya air minuman yang mengandungi mineral cuma digalakkan untuk ahli sukan. Air minuman sukan ini ditambah karbohidrat, vitamin dan beberapa bahan lain. Ianya boleh menyegerakan pemulihan paras elektrolit dan glukos ahli sukan. Ini penting untuk atlit yang kehilangan eletrolit badan semasa aktif bersukan melebihi 2 jam. Bagi pelumba basikal jarak jauh, mereka ini biasanya dibekalkan dengan buah pisang. Kandungan mineral dalam air mineral biasanya adalah terlalu rendah bagi tujuan ini. Air kelapa muda adalah punca mineral yang lebih baik untuk kita berbanding dengan air minuman mineral.



MyHEALTH

No comments: